assalamualaikum semuaaaaaaaaa :)
heyy korangg. sehatt? tengah buat ape tuh? haa? buat homework? wakakakakaka! *gelak jahat* baru malam nie nak sentuh homework ye adek adek? ^^, ecehh. akak di sini mana ada homework k. so bersenang lenang lahh titeww. sebab esok masuk Sem 3. semester terakhir untuk form 6 batch'94 :)
ehh okayy stopp. hari nie aku nak cerita pasal Pulau Tinggi. ingat kan aku ada buat entry pasal nak g camping tuh? alhamdulillah semua berjalan dengan lancar selama 4 hari 3 malam. sumpahh syokkk gilaa beb! hehehee. yang syokk nya sebab kitorang ada snorkling! xD k cerita satu2 k.
Hari Pertama - tengah hari tuh dalam kul 2 kot, kitorang dah sampai kat Pulau Tinggi lepas naik bot hampir sejam -_- sakit kepala kot aku. haihhhh. sampai tuh memang happy sebab tengok laut. eksited dahh nak main air. hahaa. then kitorang dirikan khemah. lepas tuh buat aktiviti dengan facy kitorang. eh nama dia sangat pelik okayy. panjang lakk uw susah nak sebut. dia suruh kitorang panggil dia Tuan Sayyed jek. hari first makan pukul 6.30 petang! pehhh bapakk laparr gua cakap lu. masa uw semua makan mcm org xmakan 10 hari. hahaha. malam dgr ceramah pasal laut.
Hari Kedua - pagi kitorang buat aktiviti konon2 nya pergi ke 'Gua Angin' cehhhhhh! guaa laa sangat kan -_- cikgu tutup mata kitorang then bawak kitorang berjalan kat area2 pulau tuh jek pun. elehhhhhhhhhhhhhhhhhhh --' ingat kitorang taktau ke? choyy. hahaha. tengah hari tuh buat 2 aktiviti. first kitorang buat Istana Impian. wehuuuu! main pasir kayhh. buat istana bagai. hahaha. second cikgu bawak kitorang main air. okay ini syokk. kitorang buat Water Confident. mula2 aku takut k. rety lakk ==' dah lama2 ehh seronok pulakk. wkwkwkwk! malam tuh Tuan Sayyed tunjukkan kitorang 'landak laut' dgn 'gamat'. hahaha. gamat. wehh seriuss geli doe pegang gamat. dia lembik2 then suka pancut2 >< lalalalaaa~
Hari Ketiga - pagi tuh Tuan Sayyed bagi setiap kumpulan 2 keping papan then dia suruh kitorang lukis bertemakan Alam Sekitar atau Taman Laut. tengah ary skit kitorang naik bot pergi Pulau Mentinggi. untuk apa lagi kalau bukan SNORKLINGGG! yeayyyy. dengan eksitednyaa aku pergi kayhh. sebab masa Water Confident semalam aku dah seronok jek main air. tapi kat Pulau Mentinggi tak berapa best sbb tak byk ikan sangat laa. then cikgu kata sambung snorkling kat Pulau Tinggi. hahaa. dari atas jeti tuh masing2 lompat ke laut. syokkk woo tengok banyak ikan. petang tuh takde aktiviti sangat so masing2 buat kerja sendiri. amek gambar dekat laut. pemandangan cantik kan. hehehhe. malam tuh buat BBQ then buat persembahan malam kebudayaan.
Hari Keempat - pagi2 kitorang bangun sarapan then kemas2 khemah and tempat yg kitorang stay tuh. bersih2 kan apa yang patot. pukul 11 lebih kitorang naik bot pergii Tanjung Leman. kat sana susah nak dapat air masak. ya Allah,aku punya haus Tuhan jek tau. punya laa seksa nak tunggu sampai Tg Leman tuh. sampai2 aku terus cari kedai beli air 3 botol. amekk kau. taktahan kot. hahahha. pukul 3 lebihh kitorang sampai Kluang.
itu jek kot aktiviti kitorang. syokkk sgt. and akan merindui saat2 indah n sedih pedih terseksa panas kat Pulau Tinggi tuh. and paling penting aku dapat pengalaman baru snorkling :)
cikgu Azri berposingg xD
hai awakk :p
masa nie baru jek sampai :)
Team Boria
dengan si kodok
dengan cinta hati :)
sayang kempengg kitaa
malam kebudayaan. dia Zapin. aku Boria.







