assalamualaikum.
30 April 2015. kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang amat amat menyedihkan. petang pukul 4 lebih kawan aku call cakap yang adik aku eksiden. keadaan dia teruk, dia nazak dan patah kaki. allahu. aku dah risau. tapi doakan supaya dia tak pape. tak sampai sejam lepastu. ayah call sambil menangis teruk. 'liza dah takde na'
ya allah. masa tu Allah je tau betapa terkejutnya aku. terus menangis terus nak balik kluang. pergi stesen bus semua bas ke kluang takde. terpaksa turun TBS dulu. allah. allah. masa tu menangis meraung sebab tak dapat tahan sedih. cepatnya dia pergi T_T
pukul 11 malam bertolak. sepanjang dalam bas hati risau sangat2. risau kan keadaan ayah. sedih teringat adik yg baru je pergi. risau kan mak yg masih taktau anaknya dah meninggal sebab taknak ape2 jadi kat dia. masa tu mak kt indon balek kampung tengok nenek sedara sakit. cadangnya bagitau bila dia dah sampai malaysia. dalam bas susah sangat nak lelap asyik menangis dan menangis. sepupu cakap kt rumah ayah tak tidur, asyik menangis termenung je. mata dia sembap sangat. ya allah masa tu risau sangat.
pagi tu sampai jek kluang sayu sangat hati tengok keadaan ayah. tak pernah tengok ayah dalam keadaan teruk macam tu. tak lama lepastu pergi hospital untuk tuntut jenazah. ayah cakap dah call PUJI untuk settle kan hal mandi dan kafankan jenazah. sebelum naik dalam van jenazah, orang tu bagi aku tengok sebab aku tak sempat tengok langsung.
orang tu bukak kain putih, aku nampak muka liza. mata dia tertutup rapat. muka dia pucat lesi. mata dia lebam sebelah kanan. ALLAH. ALLAH. aku tak dapat tahan air mata. terus mengalir kat situ juga. tak sangka depan aku masa tu arwah adik aku. yang dah pergi menghadap ILLAHI untuk selamanya.
diorang angkat jenazah ke dalam van, aku dgn tiha ikut sekali. dalam van sepanjang jalan aku menangis menangis tak henti. sebak sangat bila tengok kt depan aku tu jenazah adik. ya allah sungguh aku tak kuat langsung masa tu. aku tau aku sangat berdosa sebab meratapi adik aku. tapi sungguh aku takde kekuatan. sampai di rumah orang tu diorang mandikan jenazah dalam van, aku tolong diorang mandikan arwah liza. pegang kaki dia, ya allah sejuk sangat dan rasa sayu sangat masa tu. tengok muka dia bersih takde calar ape2. cuma lebam kt mata. badan, tangan, kaki takde yang calar or luka teruk. cuma luka sikit. yea sebab adik aku meninggal kerana hentakan kuat kt kepala dan dia kehilangan banyak darah. sepanjang mandikan dan kafankan dia aku masih tak dapat tahan air mata. ya allah cepat sangat dia pergi tinggalkan kami.
sampai depan rumah aku terus lap air mata. sebab aku dah janji dgn diri aku yang aku takkan nangis depan mak ayah aku. sebab tu aku menangis sepanjang dalam van. aku nak lepaskan semua rasa sedih supaya aku diberi kekuatan utk berdepan dgn mak ayah aku nanti.
ramai, ramai sgt kat rumah dgn kawan2 arwah, kawan2 mak ayah. masa jenazah dah dibaringkan diruang tamu. keadaan rumah hiba sekali semua orang menangis. masa orang papah ayah aku utk cium liza kali terakhir aku tak dapat tahan sebak. ayah meraung menangis, dia langsung tak dapat tahan rasa sedih dia dari semalam lagi. tp orang kata tak baik menangis depan jenazah, nanti dia sedih juga tengok keadaan kita. aku cium dahi arwah buat kali terakhir.
arwah disolatkan betul2 lepas solat jumaat. Alhamdulillah, rezeki arwah. ramai yg solatkan dia. terima kasih Ya Allah beri arwah liza kesempatan dan ganjaran seperti ini. lepastu dorang nak kebumikan arwah terus. masa tu aku merayu sgt supaya dorg tunggu mak aku sampai kluang. takkan mak aku taknak tengok anak dia pergi buat kali terakhir. masa aku call mak aku utk bagitau pasal liza. aku tak sangka yg mak aku still taktau. ya allah sebak sgt bila dgr suara ceria mak aku "ina. liza macam mana? dah okay?" ya allah tak sampai hati sgt tp terpaksa cakap. rupanya ayah ada call mak dan cakap yg liza tak pape. ya allah kesian ayah terpaksa tahan perasaan sedih dia supaya mak taktau sebab risau keadaan mak. :(
bila aku tanya mak, mak cakap "takpe lah nak, kebumikan lah liza skrg. kesian dia nanti lama sgt tak elok seksa jenazah" ALLAH ALLAH ALLAH. masa tu sebak dengar suara mak. aku sendiri sedih sbb tak dapat bg mak aku peluang utk tengok liza. dan aku pasti arwah liza juga sedih T_T mak mmg tak sempat sampai kluang. sebab masa tu jem teruk sgt dr kl ke kluang. aku redha.
kemudian terus kebumikan liza. alhamdulillah. ramai kawan2 dia datang. dan alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab segalanya berjalan dengan lancar dari awal hingga masa kebumikan arwah. terima kasih Ya Allah.
lepas magrib baru mak sampai. keadaan mak masa tu lemah sgt. aku nampak badan dia menggigil. ya allah. kesian sgt tengok keadaan mak ayah. sebab tu aku paksa diri aku utk tak nangis depan diorang. dan alhamdulillah ramai kawan2 yang datang utk beri semangat kt diorang.
ADEK
NURHASLIZA BINTI UJANG. aku doakan kau tenang kat sana dek. sungguh engkau anak yg baik. engkau adik yg baik. dan engkau juga seorang hamba Allah yg solehah. engkau sentiasa berusaha utk ke jalanNya. semangat kau kuat dek utk belajar tentang solat dan ngaji. maafkan aku sebab aku tak pernah jadi akak yg baik untuk kau. aku berdosa sgt kat kau sebab bila kau mintak aku ajar. aku selalu ajar sambil marah2. ya allah maafkan lah aku T_T kita selalu gaduh sampai mak marah sgt kt kita. tp tu lah cara kita kan? :') ada masa kita bergurau lepastu bergaduh jugak akhirnya. haihhh aku akan rindu kan kau. dekk, aku nak kau tau aku sayang sgt kt kau. walaupun aku tak pernah ckp kt kau. sampai kau anggap aku tak sayang kau kan? hhahaha teruknya aku :'( kau lah satu2 nya adik perempuan aku. dan skrg bila kau pergi. aku hilang adik perempuan. aku hilang tempat mengadu. aku hilang kawan gaduh. aku hilang peneman aku tidur kt bilik. kau memang adk yg baik. kau selalu dengar masalah aku. bila aku sedih or nangis. mesti kau pun sedih. lepastu kau pun ikut nangis. sebab kau mmg tak boleh bila tengok aku nangis kan? nanti mata kau pun berair. kau selalu pujuk aku bila aku nangis. ya allah, kau mmg adik yg baik liza. sebelum tidur kita selalu sakat satu sama lain sampai salah seorg menjerit panggil mak. bila aku takde duit, kau selalu je baik hati bagi aku pinjam. padahal aku selalu jahat dgn kau.
kalau masa boleh putar semula. aku akan jadi akak yg boleh tunjuk rasa sayang aku kt kau. aku mintak maaf dek. sebab tak pernah tunjuk semua tu. aku tak pernah nak peluk cium kau. aku menyesal sangat. aku harap kau dah maafkan aku.
AL FATIHAH UNTUK NURHASLIZA BINTI UJANG. SEMOGA ROH NYA TENANG DI SANA. DAN DI TEMPAT KAN BERSAMA ORANG2 BERIMAN. AMIN YA ALLAH.